Hampir empat tahun tidak kembali ke negara asal, tiga pelajar antarabangsa Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) sangat teruja dengan sambutan Aidilfitri yang kembali meriah di Sarawak.<br /><br />Solat sunat Aidilfitri secara berjemaah antara yang dinanti-nantikan pelajar ini.<br /><br />Selain mengeratkan silaturrahim mereka juga dapat merasai pengalaman berharga beraya bersama orang tempatan.